Mata Malas/Amblyopia

 

     Sebelum ini, kita mengenali struktur-struktur yang terdapat pada mata. Hari ini, saya akan terangkan tentang masalah mata yang selalu terjadi pada kanak-kanak iaitu 'amblyopia' atau nama lain 'lazy eye'. ‘Amblyopia’ atau mata malas ialah satu jenis masalah penglihatan yang kabur yang selalu terjadi pasa satu mata dan boleh juga berlaku pada kedua-dua mata tetapi jarang. 

    Mata malas ini berlaku apabila terdapat halangan informasi penglihatan yang dihantar dari mata ke otak semasa tempoh kritikal di peringkat awal usia iaitu dari peringkat bayi hingga 6 tahun. Halangan ini akan mengurangkan rangsangan ke bahagian otak yang memproses fungsi penglihatan. Ini menyebabkan otak tidak dapat menterjemahkan informasi yang diterima, menjadikan imej kelihatan kabur. 

    Selepas lama dibiarkan, otak akan mengabaikan mata yang mempunyai penglihatan yang kabur dan memilih untuk melihat dengan mata yang mempunyai penglihatan lebih baik. Mata malas juga ialah antara punca utama kanak-kanak dan orang dewasa hilang penglihatan. Sehingga 3 daripada 100 kanak-kanak mempunyai mata malas.

Penyebab Mata Malas

  1.  Juling
  2. Rabun (rabun jauh, rabun dekat, rabun silau.
  3. Penglihatan terhalang secara fizikal (ptosis, parut kornea atau katarak)

Rawatan Mata Malas

1) Merawat punca-punca 'amblyopia' terlebih dahulu samada:

  1. merawat mata yang juling
  2. merawat rabun mata dengan cermin mata atau kanta lengkap
  3. merawat ketidaknormalan pada mata seperti pembedahan katarak, pembedahan katarak dan pembedahan ‘ptosis’.

2) Terapi Visual 



Figura 1: Terapi 'patching'

    Rawatan mata malas ialah kurang efektik apabila dilakukan ketika dewasa. Ia efektif dilakukan ketika usia kanak-kanak. Oleh itu, amatlah penting bagi kanak-kanak untuk menjalani pemeriksaan mata dalam sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Hal ini dapat mengesan awal masalah ini dan rawatan dapat dimulakan terus. Jadi, ibu bapa bolehlah bawa anak-anak ke Dhiya Optometrist untuk pemeriksaan mata lengkap.


Comments

Popular posts from this blog

Myasthenia Gravis

Thyroid Eye Disease

Konjunktivitis