Posts

Aniridia

Image
    Aniridia ialah masalah mata di mana 'iris' iaitu bahagian mata yang berwarna yang berbentuk seperti donat yang membentuk anak mata) tidak membesar secara normal. Aniridia boleh menjejaskan kedua-dua mata, namun, kedua-dua mata mungkin terjejas secara berbeza akibat penyakit ini. Aniridia berlaku semasa perkembangan mata ketika bayi dalam minggu ke-12 hingga ke-14 kehamilan. Kebanyakkan kes berlaku disebabkan mutasi gen. Figura 1: Struktur 'iris' dan 'pupil'. Sumber dari https://gene.vision/knowledge-base/iris-and-pupil/. Figura 2: Contoh gambar mata pesakit yang mempunyai 'aniridia' pada mata kanan. Sumber dari https://morancore.utah.edu/section-12-retina-and-vitreous/aniridia/.   Rawatan-rawatan Aniridia Kanta sentuh prostetik Figura 3: Gambar mata pesakit sebelum dan selepas memakai kanta sentuh prostetik. Sumber dari https://www.adityajyoteyehospital.org/contact-lenses.html.  Ubat titis mata dan pembedahan - untuk glaukoma Cermin mata dan pembed...

Macular Edema

Image
    Makula ialah bahagian pada retina yang membantu kita untuk melihat secara 'detail', objek jauh dan warna. Ia penuh dengan  banyak sel 'photoreceptor' dan kawasan kecil di bahagian retina ini adalah amat berharga.  'Macular edema' ialah bengkak di bahagian retina.   'Macular edema' berlaku apabila cecair dari saluran darah bocor ke bahagian retina yang dipanggil makula. Hal ini menjadikan makula membengkak dan menyebabkan penglihatan kabur.  Figura 1: Gambar struktur mata yang menunnjukkan kedudukan makula. Sumber dari https://en.wikipedia.org/wiki/Macula. Simptom-simptom Macular Edema Penglihatan akan menjadi semakin kabur dari masa ke masa ialah simptom utama 'macular edema'.  Anda juga mungkin perasan bahawa: Objek kelihatan bengkok. Saiz objek nampak berbeza jika perbandingan penglihatan dilakukan antara mata kanan dan mata kiri. Warna kelihatan pudar atau kusam. Figura 2: Perbezaan antara penglihatan normal dan penglihatan pesakit yan...

Katarak dalam kalangan Kanak-kanak

Image
    Katarak selalunya terjadi pada orang dewasa yang lebih tua (katarak berkaitan usia), tetapi sesetengah bayi dilahirkan dengan katarak.  Katarak kongenital (berlaku ketika kelahiran) menyebabkan 5% hingga 20% kes buta dalam kalangan kanak-kanak di seluruh dunia. Katarak kanak-kanak dirujuk sebagai: Katarak kongenital - katarak terjadi apabila bayi dilahirkan atau tidak lama selepas itu Katarak juvana atau 'juvenile cataract' - katarak terjadi pada kanak-kanak yang sedang membesar. Figura 1: Terdapat katarak pada mata kiri kanak-kanak ini. Sumber dari https://pedseye.com/treatment/pediatric-cataracts/. Simptom-simptom     Selalunya, kanak-kanak dengan katarak yang tidak tebal akan tidak mempunyai simptom-simptom. Namun, apabila katarak semakin menebal, bayi akan mempunyai simptom-simptom seperti: kurang reaksi terhadap cahaya juling susah untuk melihat mainan atau muka Rawatan - pembedahan dilakukan dan penggunaan cermin dan kanta lekap disarankan. ...

Kanta Intraokular 'Dislocate' Atau teralih

Image
    Pembedahan katarak ialah salah satu prosedur pembedahan yang biasa dilakukan untuk menggantikan kanta semula jadi yang keruh yang berada di dalam mata ke kanta intraokular atau IOL.  Semasa proses pembedahan katarak, IOL atau kanta intraokular diletakkan di dalam beg kapsul iaitu struktur seperti karung yang sebelum ni mengandungi kanta semula jadi yang keruh. Dalam sesetengah keadaan, beg kapsul ini boleh pecah dan tidak dapat memegang IOL.      Kanta intraokular teralih ialah komplikasi yang jarang berlaku tetapi ia agak serius di mana kanta intraokular atau IOL tergerak keluar dari kedudukan normal di mata. Peratus kes IOL teralih telah dilaporkan pada kadar 0.2% hingga 3%. Ia mungkin berlaku akibat komplikasi awal atau lewat pembedahan katarak, pembedahan 'vitreoretinal', trauma atau masalah tisu penghubung yang menyebabkan kelemahan pada 'zonular' kanta. Faktor-faktor Risiko Kecederaan pada mata Pembedahan mata Jangkitan mata Simptom-simptom IOL te...

Optik Neuritis

Image
      Optik neuritis berlaku apabila saraf optik meradang dan membengkak. Fungsi saraf optik adalah untuk menghantar signal dari mata ke otak supaya anda dapat melihat imej. Apabila saraf optik meradang, ia tidak dapat menghantar signal ke otak.  Figura 1: Kedudukan saraf optik. Sumber dari https://my.clevelandclinic.org/health/body/22261-optic-nerve.      Optik neuritis boleh menjejaskan penglihatan anda dan menyebabkan rasa sakit. Keadaan ini kebiasaannya terjadi pada satu mata namun, ia boleh terjadi pada kedua-dua mata pada masa yang sama.  Optik neuritis boleh terjadi pada orang dewasa dan kanak-kanak. Ia paling biasa terjadi pada wanita berumur 20 hingga 40 tahun. Figura 2: Contoh gambar 'fundus' yang terdapat optik neuritis. Sumber dari https://www.aapos.org/glossary/optic-neuritis. Simptom-simptom Optik Neuritis Anda boleh mengalami optik neuritis pada satu atau kedua-dua mata. Simptom mungkin muncul secara tiba-tiba atau bertamb...

Entropion

Image
Apa Itu 'Entropion'?         F ungsi kelopak mata atas dan bawah adalah untuk melindungi mata daripada kerosakan pada mata dan menghalang penyejatan air mata apabila ditutup.  ' Entropion' adalah keadaan apabila kedudukan bahagian tepi kelopak mata menjadi ke dalam ke arah mata.  Figura 1: Keadaan kelopak mata bawah pesakit yang mempunyai 'entropion'. Sumber dari https://www.doctorparpados.com/what-is-entropion/.      Keadaan ini lebih biasa terjadi dalam kalangan orang dewasa yang lebih tua disebabkan kelemahan otot pada kelopak mata. 'Entropion' boleh menyebabkan 'trichiasis', di mana bulu mata tumbuh ke arah mata dan terkena pada mata. Hal ini menyebabkan kerosakan kornea dan konjunktiva. Parut kornea boleh terjadi disebabkan ini dan penglihatan pesakit boleh terjejas. Figura 2: Keadaan bulu mata pesakit yang mempunyai 'entropion'. Bulu mata ini tumbuh ke dalam mengenai bahagian kornea dan boleh meyebabkan iritasi. Sumber dari...

Rabun Dekat / Presbyopia

Image
    ' Presbyopia' terjadi apabila mata anda secara beransur-ansur kehilangan keupayaan untuk melihat sesuatu dengan jelas dari dekat. Keadaan ini adalah 'normal' untuk berlaku pada orang yang berumur. Istilah 'presbyopia' berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud mata tua. Individu yang mempunyai 'presbyopia' mungkin akan mendapati bahawa mereka akan menjauhkan jarak bahan bacaan untuk melihat tulisan pada bahan bacaan dengan lebih jelas.  Figura 1: Keadaan individu yang mempunyai presbyopia. Sumber dari https://ebsaar.com/learning-the-difference-between-presbyopia-and-hyperopia/.     Kanta anda terletak di dalam mata di belakang 'iris' (mata berwarna) anda. Bentuk kanta akan berubah untuk memfokuskan cahaya ke retina supaya anda boleh melihat. Apabila anda masih muda, keadaan kanta yang fleksibel membolehkan untuk mudah merubah bentuk. Hal ini membolehkan mata anda fokus untuk melihat pada jarak jauh dan dekat. Selepas berumur 40 tahun, k...